empty
 
 
15.05.2024 10:21 AM
EUR/USD: Cadangan dagangan kepada pedagang baharu untuk sesi Eropah pada 15 Mei
Gambaran keseluruhan dagangan dan cadangan tentang EUR/USD

Ujian harga 1.0809 berlaku pada masa di mana penunjuk MACD telah meningkat tajam dari tanda sifar, yang mempengaruhi potensi kenaikan pasangan EUR/USD. Atas sebab ini, saya tidak membeli euro. Namun begitu, saya tidak menunggu senario jual kedua. Euro turun sedikit disebabkan oleh data harga pengeluar AS, yang sememangnya adalah lebih tinggi berbanding ramalan ekonomi, tetapi pendirian Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell dan harapannya bahawa inflasi akan mula menurun dalam masa terdekat telah memungkinkan para peminat euro untuk terus membina kedudukan panjang. Hari ini, saya menjangkakan lonjakan dalam volatiliti dan pergerakan tajam dari pasangan itu semasa separuh pertama hari, sejurus selepas pengeluaran laporan mengenai Indeks Harga Pengguna Perancis, KDNK Zon Euro, pekerjaan, dan pengeluaran perindustrian. Walau bagaimanapun, penting untuk memahami bahawa penunjuk ini perlu menyisih secara signifikan berbanding ramalan ekonomi supaya pasangan itu dapat menunjukkan pergerakan tajam. Jika data sepadan dengan jangkaan, euro mungkin meneruskan trend menaik yang kita lihat sejak awal minggu. Mengenai strategi intraday, saya akan lebih bergantung pada pelaksanaan senario No. 1 dan 2.

This image is no longer relevant

Isyarat Beli

Senario No 1. Hari ini, anda boleh membeli euro apabila harga mencapai 1.0837 yang ditunjukkan oleh garisan hijau pada carta, dengan tujuan pertumbuhan ke tahap 1.0882. Pada tahap 1.0882, saya merancang untuk keluar dari pasaran dan juga menjual euro dalam arah yang bertentangan, dengan mengharapkan pergerakan 30-35 pip dari titik masuk. Anda boleh mengharapkan kenaikan euro hari ini dalam kerangka trend menaik yang muncul, serta selepas data KDNK Zon Euro yang kuat. Sebelum membeli, pastikan penunjuk MACD berada di atas tanda sifar dan baru sahaja mula naik darinya.

Senario No 2. Saya juga akan membeli euro hari ini sekiranya terdapat dua ujian berturut-turut harga 1.0819 pada masa penunjuk MACD berada di kawasan terlebih jual. Ini akan menghadkan potensi penurunan instrumen dan membawa kepada pembalikan pasaran ke atas. Kita boleh mengharapkan pertumbuhan ke tahap bertentangan 1.0837 dan 1.0882.

Isyarat Jual

Senario No 1. Saya merancang untuk menjual euro selepas pasangan EUR/USD mencapai tahap 1.0819 yang ditunjukkan oleh garis merah pada carta. Sasaran akan menjadi tahap 1.0779, di mana saya akan keluar dari pasaran dan membeli segera dalam arah yang bertentangan (mengharapkan pergerakan 20-25 pip dalam arah ke atas dari tahap tersebut). Tekanan ke atas pasangan EUR/USD akan meningkat jika ia gagal untuk mengukuh berhampiran paras tinggi harian dan data Zon Euro yang lemah. Sebelum menjual, pastikan penunjuk MACD di bawah tanda sifar dan baru sahaja mula menurun darinya.

Senario No 2. Saya juga akan menjual euro hari ini sekiranya terdapat dua ujian harga berturut-turut 1.0837 pada masa penunjuk MACD berada di kawasan terlebih beli. Ini akan menghadkan potensi ke atas pasangan dan membawa kepada pembalikan pasaran ke bawah. Kita boleh mengharapkan penurunan ke tahap bertentangan 1.0819 dan 1.0779.

This image is no longer relevant

Apakah yang terdapat pad acarta:

Garisan hijau yang nipis adalah harga masuk di mana anda boleh membeli instrumen dagangan.

Garisan hijau yang tebal adalah harga di mana anda boleh menetapkan Ambil-Keuntungan (TP) atau secara manual mengunci keuntungan, kerana pertumbuhan lebih lanjut di atas tahap ini adalah tidak mungkin.

Garisan merah yang nipis adalah harga masuk di mana anda boleh menjual instrumen dagangan.

Garisan merah yang tebal adalah harga di mana anda boleh menetapkan Ambil-Keuntungan (TP) atau secara manual mengunci keuntungan, kerana penurunan lebih lanjut di bawah tahap ini adalah tidak mungkin.

Garisan MACD: adalah penting untuk dipandu oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual ketika memasuki pasaran.

Penting: Pedagang baharu dalam pasaran matawang kripto perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan Henti Rugi (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan henti rugi (SL), anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas seperti yang saya bentangkan di atas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah secara asasnya strategi yang merugikan untuk pedagang intraday.

Jakub Novak,
Analytical expert of InstaTrade
© 2007-2024
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.