Syarat Perdagangan


Selaras dengan perenggan 5 perjanjian tawaran awam Kumpulan Syarikat InstaForex, apabila kes pertikaian berlaku, Pelanggan berhak memfailkan tuntutan dengan Syarikat. Tuntutan diterima dalam masa dua hari bekerja dari tarikh masalah/isu berlaku. Tuntutan hendaklah dalam bentuk mel elektronik (e-mel) dan dihantar ke Jabatan Operasi Dagangan: dealer@instatrade.com.
 
Tuntutan yang dikemukakan dengan cara lain tidak akan diambil kira.
 
Tuntutan Pelanggan akan mengambil masa tidak lebih daripada 10 hari bekerja untuk diselesaikan oleh Syarikat:
 
Sekiranya tuntutan Pelanggan adalah wajar dipertimbangkan, Syarikat akan menerimanya dan mendepositkan dana ke akaun dagangan Pelanggan dalam masa satu hari bekerja.
 
Kumpulan Syarikat InstaForex mematuhi norma pasaran dan dasar dalaman yang diterima umum, untuk tuntutan yang tidak disebut dalam Perjanjian ini.
 
Borang tuntutan Pelanggan seharusnya mempunyai:
 
- Nama penuh;
 
- Nombor akaun;
 
- Tarikh dan masa kes pertikaian berlaku;
 
- Keputusan atau pesanan kes yang menimbulkan pertikaian;
 
- Penerangan tuntutan tanpa emosi

Artikel pilihan

Tidak dapat membuka pesanan

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelanggan broker terkemuka InstaForex apabila mustahil untuk membuka kedudukan (pesanan)

Komisen

Apakah komisen yang dikenakan semasa mendeposit atau mengeluarkan dana

Sila pilih kaedah yang tersedia untuk menambah nilai ke akaun anda